Monday, November 09, 2015

Mee Kuning Sihat

Bercerita tentang mee kuning, ada kisah disebalik mee kuning ni.
Kadang2 fobia, nak makan mee kuning.
Rasanya, dah bertahun pantang makan mee kuning.

Sebenarnya, alia tak boleh makan mee kuning yang dijual.
Bukan nak kondem mana pihak2, tetapi setiap kali makan 
mee kuning akan dapat gastric attack.

So, Kalau makan mee kuning kena sekalikan dengan ubat.
Nak tak nak, kena cari alternatif. 

Sebagai solusi, kena buat homemade mee.
So, alia & che nor mencari resepi untuk membuat mee di Internet.

Alhamdulillah, jumpa bermulalah,Episod membuat mee sendiri.
Tapi, kami dah siap alter resepi asal.
Resepi ini mee sihat tanpa bahan kimia dan kapur.
Kebanyakan dari kita mempunyai masalah dengan 
mee yang mengandungi asid boric.

First time mencuba, macam rumit jea nak buat.
bayangkan ambil masa hingga sejam.
Takde penglaaman lagi.
Seterusnya, alhamdulillah dah boleh cut masa membuat.

So, lepas ni nak makan sendiri senang la.
Resepi ini, sangat mudah, senang dan untuk beginner pon sangat sesuai.
cara membuat yang simple diikuti.
So, kita panjangkan dsn semoga memberi manfaat semua.

RESEPI MEE KUNING SIHAT

Bahan-bahan
3cawan tepung gandum
3/4cawan air
1/2biji telur gred B
Sedikit garam
Sedikit kunyit serbuk

Cara Membuat:
1.Masukkan tepung ke dalam mangkuk
2.Pukul telur
3.Campur air bersama garam dan serbuk kunyit.Kacau hingga rata.
4.Campurkan telur dan air dan kacau hingga sebati.
5.Masukkan air ke dalam tepung sedikit demi sedikit.
6.Gaulkan doh dan uli doh.
7.Rehatkan doh.
8.Bentukkan doh dan bahagikan doh pada bulat2 kecil
9.Canaikan doh pada kenipisan yg sesuai jgn terlalu nipis dan jangan terlalu tebal
10.Potong doh pada pemotong mee
11.Didihkan air panas
12.Masukkan sedikit minyak dan rebus mee
13.Rebus sekejap sahaja hangan terlalu lama nanti mee akan lembik
14.Angkat mee dan cuci guna air dan gaulkan dengan sedikit minyak.
15.Toskan mee dan keringkan.
16.Tadaaa!!!!

Senang bukan, lepas ni boleh buat sendiri.
Kalau malas jugak, boleh order dengan SweetPea.
Kami pon mengambil tempahan mee kuning sihat.

Sekian, bebelan untuk kali ini.

1 comment:

  1. How to make money from betting on football - Work Tomake Money
    If you're having problems finding a winning bet https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ online for the day 바카라사이트 of your choosing, septcasino then gri-go.com there are plenty of opportunities available หารายได้เสริม right here.

    ReplyDelete