Monday, November 09, 2015

Mee Kuning Sihat

Bercerita tentang mee kuning, ada kisah disebalik mee kuning ni.
Kadang2 fobia, nak makan mee kuning.
Rasanya, dah bertahun pantang makan mee kuning.

Sebenarnya, alia tak boleh makan mee kuning yang dijual.
Bukan nak kondem mana pihak2, tetapi setiap kali makan 
mee kuning akan dapat gastric attack.

So, Kalau makan mee kuning kena sekalikan dengan ubat.
Nak tak nak, kena cari alternatif. 

Sebagai solusi, kena buat homemade mee.
So, alia & che nor mencari resepi untuk membuat mee di Internet.

Alhamdulillah, jumpa bermulalah,Episod membuat mee sendiri.
Tapi, kami dah siap alter resepi asal.
Resepi ini mee sihat tanpa bahan kimia dan kapur.
Kebanyakan dari kita mempunyai masalah dengan 
mee yang mengandungi asid boric.

First time mencuba, macam rumit jea nak buat.
bayangkan ambil masa hingga sejam.
Takde penglaaman lagi.
Seterusnya, alhamdulillah dah boleh cut masa membuat.

So, lepas ni nak makan sendiri senang la.
Resepi ini, sangat mudah, senang dan untuk beginner pon sangat sesuai.
cara membuat yang simple diikuti.
So, kita panjangkan dsn semoga memberi manfaat semua.

RESEPI MEE KUNING SIHAT

Bahan-bahan
3cawan tepung gandum
3/4cawan air
1/2biji telur gred B
Sedikit garam
Sedikit kunyit serbuk

Cara Membuat:
1.Masukkan tepung ke dalam mangkuk
2.Pukul telur
3.Campur air bersama garam dan serbuk kunyit.Kacau hingga rata.
4.Campurkan telur dan air dan kacau hingga sebati.
5.Masukkan air ke dalam tepung sedikit demi sedikit.
6.Gaulkan doh dan uli doh.
7.Rehatkan doh.
8.Bentukkan doh dan bahagikan doh pada bulat2 kecil
9.Canaikan doh pada kenipisan yg sesuai jgn terlalu nipis dan jangan terlalu tebal
10.Potong doh pada pemotong mee
11.Didihkan air panas
12.Masukkan sedikit minyak dan rebus mee
13.Rebus sekejap sahaja hangan terlalu lama nanti mee akan lembik
14.Angkat mee dan cuci guna air dan gaulkan dengan sedikit minyak.
15.Toskan mee dan keringkan.
16.Tadaaa!!!!

Senang bukan, lepas ni boleh buat sendiri.
Kalau malas jugak, boleh order dengan SweetPea.
Kami pon mengambil tempahan mee kuning sihat.

Sekian, bebelan untuk kali ini.

Thursday, October 15, 2015

Choc Chips Fudge Muffin

Sapa tak suka coklat Muffin
kebanyakan besar kita
memang gemarkan coklat
dari si kenet hinggakan veteran.

Resipi ni memang dah terbukti sedap
dan digemari ramai.
Memang highly recommended.

Sebenarnya resipi ni terjumpa
secara tak sengaja.
Masa tu jea habis Diploma
so, takde keje kita google
apa yang menarik dan terjumpa resepi ni.
Resipi,KLIK SINI

Resipi ni memang awesomelaaa
sangat2 recomended.
First time, bake resepi memang mengancamlaa
hampir habis muffin yang ada.

Dengan resipi ni jugak sempatlah jual
dekat Hospital Setiudan
hantaran sepupu,
Sangat berjasa resipi ni.

Terima kasih sangat tuan empunya
resipi ni, halalkan yeaaaa.

Jom kita belek resipi yang awesome nii

Bahan-bahan:
1-3/4 cawan             Tepung Gandum
1 cawan                    Gula Kastor
1/4 cawan                Serbuk Koko
1 tsp                         Baking Powder
1 tsp                         Soda Bikarbonat
1/3 cawan                Minyak Sayuran (kita guna minyak masaj jea)
1-1/4 cawan             Susu Segar/Susu Cair
1 tsp                         Esen Vanila
1/2 cawan                Choc Chips
1 biji                        Telur(dipukul sedikit)

Cara-cara Membuatnya:

1.Ayakkan tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.
2.Gaul sebati gula kastor, tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan
baking powder.
3.Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak , susu cair dan esen vanila.
4.Masukkan campuran tepung ke dalam adunan minyak
5.Kacau sebati dan masukkan choc chips ke dalam papercup muffin.
6.Kukus atau bakar selama 20-25 minit dan bakar pada suhu 170C.

Selamat Mencuba semua.

DESSERT

Bila bercerita tentang dessert,
apa korang fikirkan....

Dessert di Sweetpea bakery pelbagai tau
dari pavlova, melty cheese, larva,crepes
dan banyak lagi....

jomlaa serbu sweetpea bakery..
dan ini antara dessert kami
selamat mencuci mata...























so, macam mana
tertarik tak?
terpikat tak?
tertawan tak?

tunggu apa lagi,
jomlah singgah ke sweetpea bakery :)


Tuesday, October 06, 2015

SweetPea Bakery

Assalamulaikum wbt

Pertama sekali, syukur ke hadrat ilahi,Allah zawa jalla
atas segala nikmat dan kurnianya tercapai juga cita-cita
jua, untuk menyiapkan blog ini yang terbengkalai
beberapa kali.

Wah2x, alhamdulillah tercapai-capai juga
impian untuk menubuhkan bakeri ini.
SweetPea Bakery telah memulakan operasi secara rasminya
pada 14 Februari 2014 bersempena hari kelahiran Che Nor juga.
so, lepas ini, boleh sambut 2 event dalam satu masa.

Kepada Yang belum, mengetahui, kami memulakan homemade
basis selama 4 tahun. nak kata lama tak lama sangat,
nak kata baru sangat.Plus, minus dah hampir 6 tahun
sweetpea dibrandingkan.

Motto kami, kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.
Dan Impian kami menyiadiakan produk untuk merangkumi
pelbagai etnik, peringkat umur , halal toyyiban.

Lokasi Kami Di Kg Paloh,
Kami berada bersebelahan Warung Ikan Bakar Pior
dan Hani Cafe.

jika, hendak ke Sweetpea Bakery, maps ini boleh
dijadikan panduan untuk anda


maps hendak ke SweetPea Bakery


lokasi ke SweetPea Bakery


jom throwback ciked,
masa mula-mula pembukaan bakeri























Sebarang urusan/pertanyaan boleh hubungi kami di detail dibawah
SweetPea Bakery
Lot 1748B, Kg Paloh Sungai Kiat
Jalan Kelantan, 20050
Kuala Terengganu, Terengganu
No Tel:0139235590
Email:sweetpeabakerycakes@gmail.com
Fb:SweetPea Cakes N etc(Kuala Terengganu)
Ig:sweetpea_cakes